Maklumat terkini:

Maklumat terkini:



PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINI

Jadual terkini KLIK pada button biru dikanan blog

Rabu, 5 Oktober 2016

Adakah berdosa jika baca al-Quran dengan nampak rambut?


Soalan; ustaz, ketika membaca al-Quran di rumah, adakah wajib kami orang perempuan menutup kepala. Adakah berdosa jika baca al-Quran dengan nampak rambut?
Jawapan;
Ketika membaca al-Quran dituntut memakai pakaian yang bersopan, berada di tempat yang elok dan dalam kedudukan yang elok, sesuai dengan ketinggian al-Quran. Namun tidaklah wajib menutup aurat dengan penuh sebagaimana ketika berada di luar rumah(1). Wanita yang membaca al-Quran dalam rumah tidak wajib menutup kepalanya (yakni memakai tudung). Syeikh 'Atiyah Saqar dalam fatwanya menyebutkan; "Diharuskan/dibolehkan seorang wanita membaca al-Quran dengan kepala terdedah atau dengan berpakaian yang biasa di pakai dalam rumah, asalkan tidak ada lelaki ajnabi yang melihatnya. Namun yang terbaik ialah dia memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, berwudhuk dan mengadap ke arah kiblat, supaya bertambah pahalanya".
Wallahu a'lam.
Rujukan; Fatawa Dar al-Iftak, Mesir; 8/419 (Syeikh 'Atiyah as-Saqar, Mei 1997).
Nota;
(1) Aurat wanita ketika bersendirian ialah; antara pusat dan lutut, yakni ketika bersendirian dibolehkan dia mendedahkan tubuhnya kecuali kawasan antara pusat dan lutut; wajib ditutup, tidak boleh didedahkan sekalipun bersendirian (Hasyiyah al-Bujairmi, 1/449).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan