Maklumat terkini:

Maklumat terkini:



PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINI

Jadual terkini KLIK pada button biru dikanan blog



Assalamualaikum..

Kepada sesiapa yang berkemampuan/berkelayakan untuk mengeluarkan zakat. Kini anda boleh sumbangkan zakat anda melalui Sebuah Maahad Tahfiz (Terengganu).

Resit zakat anda boleh gunakan untuk ditolak oleh LHDN.
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi En Rahimi 016-9323154


Isnin, 25 Mac 2013

Kursus CIDB 5/2013/25-29 MAC: KERJA BANGUNAN PENGUBAHSUAIAN

Assalamualaikum, Alhamdulillah kursus diatas telah dijalankan pada tarikh yang ditetapkan, tenaga pengajar Tn Hj Mohd Nasarudin Ali bersama dengan kehadiran 21 orang peserta dari sekitar selangor, dari perak dan dari terengganu.

Terima kasih kepada En Saidi , pemilik tempat latihan. Ini adalah kursus kali kedua selepas kursus Bisnes yang dijalankan bulan lepas dikajang.

Pengenalan kerja bangunan pengubahsuaian


Sessi menjawab ujian...


Kerja kumpulan




Pembentangan kerja kumpulan



En Saidi memberikan ucapan di majlis penutup


Sebahagian penerima sijil kehadiran 40 mata ccd






Bergambar kenangan peserta & Pensyarah





 Kursus akan datang pada 22-26 April, tajuk: IBS-Precast Concrete Panel, 40 ccd. hubungi en saidi 016 566 6114




Rabu, 20 Mac 2013

Jom Join SAYS

saje je lah nak kongsi dengan SAYS...cara mudah nk dpt duit, tak banyak, sekali klik 20sen, sorang daftar dpt RM1...tapi kalau ramai yang klik?? banyak jugak kan?

Senang je cara dia..
1-join dengan SAYs dulu klik kat SINI
2-pastu bukak dekat special @ story
3-pastu share yang ditanda warna hijau, yg dpt bayaran

Senangkan, share la kat Fb ke kat Blog ke..mana2 lah..selamat mencuba..


Ahad, 10 Mac 2013

Kursus CIDB di SELANGOR

MAKLUMAN...1


Assalamualaikum, kursus Pengurusan Bisnes kontraktor akan dijalankan di bangunan Adatrade, kajang Selangor pada 08 - 11 April 2013. Pendaftaran mulai sekarang..


MAKLUMAN...2

 ditempat yang sama, kursus ubahsuai pada 25 - 29 mac 2013.  Pensyarah Tn Hj Mohd Nasarudin Bin Ali.



gambar peserta kursus yang lepas
Hubungi En Saidi 016-5666114.

Selasa, 5 Mac 2013

Perhatian kepada yg nak mendaftar kursus

Assalamualaikum ..

Maaf lah saya cuma nak cakap sikit tentang masalah peserta yang nak daftar kursus. Berulangkali saya nyatakan kalau nak sertai kursus kena daftar awal.

Syarat dari cidb untuk menjalankan kursus peserta mesti sekurang2 nya 20 orang. Tarikh yg diberikan adalah tarikh cadangan. Sekiranya peserta mencukupi 20 orang 2 minggu sebelum tarikh tersebut maka kursus boleh dijalankan.

Sekiranya tidak, kursus akan ditunda ke tarikh yang lain, mungkin sebulan selepas itu. Peserta hendaklah faham perkara ini, terdapat kursus yang terpaksa ditunda kerana hanya ada 18 orang peserta. Kursus ini terpaksa ditunda...bila dah tunda ....tiba2 ada pulak yg tanye untuk sertai kursus.

Inilah masalahnya, nak kursus tapi tak nak daftar, dekat waktu kursus baru nak daftar, sedangkan dah tau sebulan yang kursus tu nak dijalankan. Dah tau lama tapi tak ambik kesah, dekat nak mati lesen baru lah susah2.

Maaflah tuan-tuan, kami hanya nak memudahkan tuan2 semua.Saya ulang prosedur pada tuan2 bagaimana menghadiri kursus.

1.dapat jadual kursus terus daftar kat mana tuan nak kursus. isi borang dengan lengkap dan faks.
2-senarai 20 peserta akan kami mohon dari cidb untuk kelulusan.
3-kelulusan dapat dlm masa 2-3 minggu
4-sila buat bayaran jika diminta. jika kami mintak tuan buat bayaran bermakna kursus telah dilluluskan.
   Sekiranya tuan tidak membayar yuran bagaimana kami nak jalankan kursus pada tuan2, kursus boleh dibatalkan oleh cidb sekiranya tak cukup orang.
5-pastikan tuan2 ada/memperbaharui kad hijau untuk mendapatkan diskaun yuran kursus 2 minggu sblm tarikh kursus.
6.maksima peserta adalah 35 orang, terdapat kursus yang dipohon melebihi dari 35 orang, oleh itu kami akan utamakan siapa yang bayar dulu, bukan yang daftar dulu.

ulang suara...DAPAT JADUAL TERUS ISI BORANG & FAKS...