Maklumat terkini:

Maklumat terkini:



PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINI

Jadual terkini KLIK pada button biru dikanan blog



Assalamualaikum..

Kepada sesiapa yang berkemampuan/berkelayakan untuk mengeluarkan zakat. Kini anda boleh sumbangkan zakat anda melalui Sebuah Maahad Tahfiz (Terengganu).

Resit zakat anda boleh gunakan untuk ditolak oleh LHDN.
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi En Rahimi 016-9323154


Rabu, 11 Julai 2012

Kursus CIDB siri 03/2012: IBS - Precast Concrete Panel

Program latihan pengurusan kontraktor dibawah tajuk IBS- Precast Concrete Panel telah dijalankan pada 09-13 Julai 2012. Kursus di adakan dibilik Mesyuarat Bangunan Umno Bahagian Bentong, Bentong Pahang.



Pendaftaran peserta telah bermula dari 8:30 pagi. Dibantu oleh staf PKMM Bentong, Cik Zila...terima kasih datang tolong. Seramai 23 peserta yang hadir dari Bentong, Raub, Temerloh, Jerantut, Lipis dan Kuantan.

Tenaga pengajar masih lagi En Rozali Osman. Program bermula dengan sesi perkenalan antara peserta dan tenaga pengajar.




Penerangan modul kursus dan ujian akan diberikan pada peserta setiap kali satu LP selesai..untuk melayakan peserta memperolehi Sijil Kecekapan Pengurusan yang akan dikeluarkan oleh CIDB.




Menjawab ujian ...

Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan kepada peserta, Alhamdulillah.



Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk bengkel berkumpulan. Setiap kumpulan akan membuat pembentangan kertas kerja pada akhir sesi kursus. 

Latihan Kumpulan






Tunjuk ajar dari Sifu Rozali



Sesi pembentangan bermula. Setiap kumpulan akan diberikan markah. Kertas kerja kumpulan adalah wajib kerana ia sebahagian dari syarat untuk melayakkan peserta memperolehi sijil SKP.


Pembentangan kumpulan..

Majlis penutup program telah dirasmikan oleh En Aziz Bin Lambak selaku pengerusi PKMM daerah Bentong. Antara lain En Aziz meminta supaya para kontraktor bersedia menghadapi cabaran dalam perniagaan dan selalu menyertai latihan dan kursus yang diadakan.
En Aziz Lambak




 Pengerusi majlis En Norman dan wakil penghulu En Ahmad Nazri


Sebahagian peserta yang menerima sijil kehadiran 40 mata CCD








Terimakasih kepada semua peserta yang memberi komitmen, bukan senang untuk berada selama 5 hari disini. Terima kasih juga kepada En Aziz, Ajk/staf PKMM Bentong yang membantu sepenuhnya dalam menjayakan program ini.

Me & Mr Rozali...panjang umur jumpa lagi, insyaAllah

Akan datang Kursus "Kerja Bangunan-Institusi pendidikan" dibentong 26-30 nov 2012. insyaAllah. Pendaftaran Dibuka dari sekarang. Hubungi En Aziz di talian 019-9996210 atau PKMM Bentong 09-2235957 .



Selasa, 3 Julai 2012

Nasihat Untuk Bakal kontraktor IBS




Saya ambil soalan dibawah dari email yang telah saya terima. Jawapan dibawah telah dijawab oleh En Rozali Osman.Moga2 menjadi kebaikan untuk semua.


Assalamualaikum,
 
Pertama skali, blog En. memang informative sungguh. Banyak maklumat yang saya dapat.
 
Saya sebenarnya tiada background dalam bidang kontraktor ni. Saya juga tiada background dalam bidang engineering. Tapi saya ingin untuk menjadi seorang kontraktor binaan khusus dalam bidang IBS.
 
1) How should i start ?
 
2) Saya tinggal di Selangor, apakah badan2 kerajaan yg dapat membantu saya ?
 
3) Bolehkan tuan bagi saya satu senarai ringkas apa yang perlu saya lakukan?
 
Berbanyak-banyak terima kasih.
 
Mior Harris.








Assalamualaikum wth En Mior Harris,

Saya telah diberitahu oleh En Izian yang tuan berminat untuk jadi kontraktor melalui email yang di forwardkan pada saya.

Untuk pengetahuan tuan pada ketika ini saya adalah salah seorang training consultant dlm bidang pembinaan. Telah berkecimpung dlm industri lebih dari 25 tahun dan telah memegang pelbagai jawatan disektor korporat bidang pembinaan dan pernah menjadi seorang kontraktor dan  IBS specialist contractor berdaftar dengan PKK dan CIDB.

Satu ketika dahulu untuk bergelar kontraktor di Malaysia ini tidak susah sangat asalkan ada modal yang cukup seperti yang telah ditetapkan oleh pihak PKK dan CIDB. Pengetahuan teknikal? tidak perlu. Itu 10 -20 tahun yang lepas. Akhirnya ramailah rakyat Malaysia mengambil kesempatan ini untuk bergelar kontraktor sehingga industri mengalami kebanjiran kontraktor yang tidak punya knowlege, baik dari segi pengurusan dan teknikal. Implikasi dari itu industri menghadapi pelbagai masalah dari segi kualiti, masa dan kos.

Ramai orang menganggap menjadi kontraktor itu mudah, lebih-lebih lagi boleh menjadikan seseorng itu cepat kaya. Itu sebenarnya hanya metos, tetapi kalau seseorang itu beroperasi dengan cara yang betul memang benar boleh jadi kaya cepat. Dalam industri ini sebenarnya nak cari business man memang ramai tapi nak cari genuine contractor sedikit.

Jadi apakah cara yang betul itu? Iaitu punya knowledge - know how dan selebihnya know who (jika perlu). Kalau tuan benar2 berminat dan tuan tidak punya kelulusan akademik dalam bidang pembinaan saya cadangkan tuan cari knowledge dulu dengan cara bekerja dengan sektor pembinaan.Itu sebenarnya yang terbaik. Tetapi kalau tak boleh kerja dengan orang setidak-tidaknya hadirkan diri untuk kursus-kursus berkaitan yang dianjurkan oleh CIDB.

Cari website CIDB dan study dulu the overall requirement for the registration either to be a contractor or to participate in the training programme. Fahamkan dulu fungsi-fungsinya secara keseluruhan. Walaubagaimanapun, ini saya bagi step yang ringkas untuk menjadi kontraktor:

1. Register company, either sdn bhd or sole proprietor
2. Tentukan tuan ada modal dlm akaun bank yang mencukupi bagi melayakkan tuan memperolehi gred kontraktor yang dihajatkan. Dalam website ada dipaparkan.
3. Kalu tak punya academic qualification in technical, untuk gred G5, G6 dan G7 tuan kena employ staff yang ada relevant academic qualifications.
4. Untuk registration of lower grade, tuan sendiri kena hadir kursus2 dianjurkan oleh CIDB.
5. Kalau dah yakin boleh, isikan form for registration, ikut gred apa yang tuan hajatkan dan hantar.
6. Mungkin sekarang telah dikuatkuasakan yang tuan kena hadir interview dgn CIDB sebelum kelulusan
7. Dah lulus, baru boleh beroperasi.

Talking about IBS, it is a new construction methodology introduced by the government and one step further of the traditional construction. I advise you to gain knowledge in regards of the traditional construction method first. There is no short cut to learn this. I'm afraid if you jump into IBS straight without adequate knowledge will ruin your business. Since you don't have knowlegde at all it may take longer time for you to learn.

Saya rasa cukup setakat ini dulu. Kalau ada apa2 yang masih belum clear email pada saya. TQ

        Rgds
(klik) Rozali Osman