Maklumat terkini:

Maklumat terkini:

PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINI

Peluang sebagai wakil koperasi (Operator PLBK) untuk menjalankan kursus. Peluang untuk negeri Terengganu, Melaka,Perak,Kedah & Johor...hubungi kami di izianmuda@yahoo.com

Pihak kami juga boleh menjalankan kursus ditempat anda jika ada permintaan. Peserta hendaklah sekurang2nya 25 orang dan tajuk adalah mengikut kehendak anda sendiri berdasarkan tajuk2 yang yang ditauliahkan kepada kami oleh CIDB disini.




Khamis, 9 Mei 2013

Kursus terdekat! 40 mata ccd

Bulan Mei..

Pengurusan Bisnes
20 - 23 Mei 2013 (ditunda ke 27-30 Mei 2013)
di Kajang, Selangor

Tel: 016-5666114 en saidi


KANDUNGAN KURSUS 

Latihan bagi setiap bidang akan dijalankan berdasarkan Pakej Pembelajaran 'Learning Package' (LP) seperti berikut:
Jaringan Perniagaan
Pengurusan Sumber Manusia
Perakuanan Projek
Sumber Dana dan Pembiayaan Projek
Peruntukan Perundangan



Bulan Jun..

Kerja Bangunan Institusi pendidikan
03-07 Jun 2013
di Bentong, Pahang

Tel: 019-9996210 en aziz

KANDUNGAN KURSUS


Pemerolehan Peralatan Dan Bahan
Pemerolehan Loji Dan Jentera
Tugasan Kerja
Sijil Penyiapan Praktikal
Peruntukan Perundangan
Servis Dan Penyelenggaraan
Jadual Kerja
Penganggaran Dan Tender Projek




Isnin, 15 April 2013

AMARAN MENGENAI TAWARAN KERJA PALSU!


Kebelakangan ini, kami banyak menerima pertanyaan dari rakyat Negara Eropah Timur mengenai ketulinan tawaran kerja melalaui emel dari Malaysia oleh TSR Capital Construction and Property Development Berhad. Calon akan diminta menjalani ujian akreditasi dengan CIDB sebagai pra syarat kemasukan ke Malaysia. Pengirim emel kemudiannya akan meminta calon membayar wang pendahuluan tertentu bagi urusan ke atas penama Nadiana Binti Abdullah.
Kami telah memeriksa senarai pendaftaran kontraktor dengan CIDB dan mendapati tiada syarikatt kontraktor sedemikian berdaftar sebagai kontraktor pembinaan seperti yang disyaratkan di dalam Akta CIDB. 
Amalan biasa di Malaysia, majikan akan membawa pekerja masuk dahulu, menyediakan tiket penerbangan dan sebarang fi yang berkaitan. Pembiayaan ini kemudiannya akan dipotong secara ansuran melalui penggajian bulanan pekerja dan bukan seperti apa yang dinyatakan di dalam surat tawaran.
Terima kasih.


Sumber: CIDB


Khamis, 4 April 2013

PRU 13

orang dah sibuk dengan pilihanraya sekarang ni...semua kursus ditangguhkan dan akan diberitahu tarikh yg baru....w/bagaimanapun pendaftaran adalah seperti biasa......cuba dengar lagu ni..UNDILAH...JANGAN.

Insha Allah kursus CIDB "PENGURUSAN BISNES" 40 mata ccd akan diadakan di Kajang, Selangor pd 20-23 Mei 2013....sila hubungi En Saidi 016 5666 114



Isnin, 25 Mac 2013

Kursus CIDB 5/2013/25-29 MAC: KERJA BANGUNAN PENGUBAHSUAIAN

Assalamualaikum, Alhamdulillah kursus diatas telah dijalankan pada tarikh yang ditetapkan, tenaga pengajar Tn Hj Mohd Nasarudin Ali bersama dengan kehadiran 21 orang peserta dari sekitar selangor, dari perak dan dari terengganu.

Terima kasih kepada En Saidi , pemilik tempat latihan. Ini adalah kursus kali kedua selepas kursus Bisnes yang dijalankan bulan lepas dikajang.

Pengenalan kerja bangunan pengubahsuaian


Sessi menjawab ujian...


Kerja kumpulan




Pembentangan kerja kumpulan



En Saidi memberikan ucapan di majlis penutup


Sebahagian penerima sijil kehadiran 40 mata ccd






Bergambar kenangan peserta & Pensyarah





 Kursus akan datang pada 22-26 April, tajuk: IBS-Precast Concrete Panel, 40 ccd. hubungi en saidi 016 566 6114




Rabu, 20 Mac 2013

Jom Join SAYS

saje je lah nak kongsi dengan SAYS...cara mudah nk dpt duit, tak banyak, sekali klik 20sen, sorang daftar dpt RM1...tapi kalau ramai yang klik?? banyak jugak kan?

Senang je cara dia..
1-join dengan SAYs dulu klik kat SINI
2-pastu bukak dekat special @ story
3-pastu share yang ditanda warna hijau, yg dpt bayaran

Senangkan, share la kat Fb ke kat Blog ke..mana2 lah..selamat mencuba..


Ahad, 10 Mac 2013

Kursus CIDB di SELANGOR

MAKLUMAN...1


Assalamualaikum, kursus Pengurusan Bisnes kontraktor akan dijalankan di bangunan Adatrade, kajang Selangor pada 08 - 11 April 2013. Pendaftaran mulai sekarang..


MAKLUMAN...2

 ditempat yang sama, kursus ubahsuai pada 25 - 29 mac 2013.  Pensyarah Tn Hj Mohd Nasarudin Bin Ali.



gambar peserta kursus yang lepas
Hubungi En Saidi 016-5666114.

Selasa, 5 Mac 2013

Perhatian kepada yg nak mendaftar kursus

Assalamualaikum ..

Maaf lah saya cuma nak cakap sikit tentang masalah peserta yang nak daftar kursus. Berulangkali saya nyatakan kalau nak sertai kursus kena daftar awal.

Syarat dari cidb untuk menjalankan kursus peserta mesti sekurang2 nya 20 orang. Tarikh yg diberikan adalah tarikh cadangan. Sekiranya peserta mencukupi 20 orang 2 minggu sebelum tarikh tersebut maka kursus boleh dijalankan.

Sekiranya tidak, kursus akan ditunda ke tarikh yang lain, mungkin sebulan selepas itu. Peserta hendaklah faham perkara ini, terdapat kursus yang terpaksa ditunda kerana hanya ada 18 orang peserta. Kursus ini terpaksa ditunda...bila dah tunda ....tiba2 ada pulak yg tanye untuk sertai kursus.

Inilah masalahnya, nak kursus tapi tak nak daftar, dekat waktu kursus baru nak daftar, sedangkan dah tau sebulan yang kursus tu nak dijalankan. Dah tau lama tapi tak ambik kesah, dekat nak mati lesen baru lah susah2.

Maaflah tuan-tuan, kami hanya nak memudahkan tuan2 semua.Saya ulang prosedur pada tuan2 bagaimana menghadiri kursus.

1.dapat jadual kursus terus daftar kat mana tuan nak kursus. isi borang dengan lengkap dan faks.
2-senarai 20 peserta akan kami mohon dari cidb untuk kelulusan.
3-kelulusan dapat dlm masa 2-3 minggu
4-sila buat bayaran jika diminta. jika kami mintak tuan buat bayaran bermakna kursus telah dilluluskan.
   Sekiranya tuan tidak membayar yuran bagaimana kami nak jalankan kursus pada tuan2, kursus boleh dibatalkan oleh cidb sekiranya tak cukup orang.
5-pastikan tuan2 ada/memperbaharui kad hijau untuk mendapatkan diskaun yuran kursus 2 minggu sblm tarikh kursus.
6.maksima peserta adalah 35 orang, terdapat kursus yang dipohon melebihi dari 35 orang, oleh itu kami akan utamakan siapa yang bayar dulu, bukan yang daftar dulu.

ulang suara...DAPAT JADUAL TERUS ISI BORANG & FAKS...