Maklumat Terkini KURSUS
Maklumat terkini:
Maklumat terkini:PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINIJadual terkini KLIK pada button biru dikanan blog
Isnin, 15 April 2013
AMARAN MENGENAI TAWARAN KERJA PALSU!
Kebelakangan ini, kami banyak menerima pertanyaan dari rakyat Negara Eropah Timur mengenai ketulinan tawaran kerja melalaui emel dari Malaysia oleh TSR Capital Construction and Property Development Berhad. Calon akan diminta menjalani ujian akreditasi dengan CIDB sebagai pra syarat kemasukan ke Malaysia. Pengirim emel kemudiannya akan meminta calon membayar wang pendahuluan tertentu bagi urusan ke atas penama Nadiana Binti Abdullah.
Kami telah memeriksa senarai pendaftaran kontraktor dengan CIDB dan mendapati tiada syarikatt kontraktor sedemikian berdaftar sebagai kontraktor pembinaan seperti yang disyaratkan di dalam Akta CIDB.
Amalan biasa di Malaysia, majikan akan membawa pekerja masuk dahulu, menyediakan tiket penerbangan dan sebarang fi yang berkaitan. Pembiayaan ini kemudiannya akan dipotong secara ansuran melalui penggajian bulanan pekerja dan bukan seperti apa yang dinyatakan di dalam surat tawaran.
Terima kasih.
Sumber: CIDB
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan