Maklumat terkini:

Maklumat terkini:



PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINI

Jadual terkini KLIK pada button biru dikanan blog

Rabu, 11 Julai 2012

Kursus CIDB siri 03/2012: IBS - Precast Concrete Panel

Program latihan pengurusan kontraktor dibawah tajuk IBS- Precast Concrete Panel telah dijalankan pada 09-13 Julai 2012. Kursus di adakan dibilik Mesyuarat Bangunan Umno Bahagian Bentong, Bentong Pahang.



Pendaftaran peserta telah bermula dari 8:30 pagi. Dibantu oleh staf PKMM Bentong, Cik Zila...terima kasih datang tolong. Seramai 23 peserta yang hadir dari Bentong, Raub, Temerloh, Jerantut, Lipis dan Kuantan.

Tenaga pengajar masih lagi En Rozali Osman. Program bermula dengan sesi perkenalan antara peserta dan tenaga pengajar.




Penerangan modul kursus dan ujian akan diberikan pada peserta setiap kali satu LP selesai..untuk melayakan peserta memperolehi Sijil Kecekapan Pengurusan yang akan dikeluarkan oleh CIDB.




Menjawab ujian ...

Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan kepada peserta, Alhamdulillah.



Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk bengkel berkumpulan. Setiap kumpulan akan membuat pembentangan kertas kerja pada akhir sesi kursus. 

Latihan Kumpulan






Tunjuk ajar dari Sifu Rozali



Sesi pembentangan bermula. Setiap kumpulan akan diberikan markah. Kertas kerja kumpulan adalah wajib kerana ia sebahagian dari syarat untuk melayakkan peserta memperolehi sijil SKP.


Pembentangan kumpulan..

Majlis penutup program telah dirasmikan oleh En Aziz Bin Lambak selaku pengerusi PKMM daerah Bentong. Antara lain En Aziz meminta supaya para kontraktor bersedia menghadapi cabaran dalam perniagaan dan selalu menyertai latihan dan kursus yang diadakan.
En Aziz Lambak




 Pengerusi majlis En Norman dan wakil penghulu En Ahmad Nazri


Sebahagian peserta yang menerima sijil kehadiran 40 mata CCD








Terimakasih kepada semua peserta yang memberi komitmen, bukan senang untuk berada selama 5 hari disini. Terima kasih juga kepada En Aziz, Ajk/staf PKMM Bentong yang membantu sepenuhnya dalam menjayakan program ini.

Me & Mr Rozali...panjang umur jumpa lagi, insyaAllah

Akan datang Kursus "Kerja Bangunan-Institusi pendidikan" dibentong 26-30 nov 2012. insyaAllah. Pendaftaran Dibuka dari sekarang. Hubungi En Aziz di talian 019-9996210 atau PKMM Bentong 09-2235957 .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan