Maklumat terkini:

Maklumat terkini:



PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINI

Jadual terkini KLIK pada button biru dikanan blog



Assalamualaikum..

Kepada sesiapa yang berkemampuan/berkelayakan untuk mengeluarkan zakat. Kini anda boleh sumbangkan zakat anda melalui Sebuah Maahad Tahfiz (Terengganu).

Resit zakat anda boleh gunakan untuk ditolak oleh LHDN.
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi En Rahimi 016-9323154


Khamis, 10 Mei 2012

Perhatian kepada peserta kursus

Mohon perhatian kepada sesiapa yang ingin mendaftar kursus 5 hari 40 ccd.

Adalah diharap agar tuan/puan faham bagaimana satu2 kursus boleh dijalankan.

Tarikh yang tertera pada tajuk2 kursus adalah tarikh cadangan sahaja. Pihak kami hanya boleh menetapkan tarikh atau menjalankan kursus bilamana:

1- Mereka yang ingin menghadiri kursus hendaklah mendaftar awal dan jangan daftar disaat2 akhir.

2- Terdapat sekurang2nya 20 orang yang mendaftar kursus (maksima 35 orang), baru kami boleh mohon dengan cidb untuk menjalankan kursus dan menetapkan tarikh. Kursus boleh dijalankan 3 minggu selepas tarikh permohonan.

3- Pihak pusat latihan akan memaklumkan pd semua peserta tentang tarikh yang ditetapkan dan meminta membuat bayaran dlm masa 14 hari sebelum tarikh kursus dijalankan. Bayaran awal sebelum tarikh kursus adalah tanda komitmen tuan/puan untuk menghadiri kursus selain memudahkan kami untuk menyediakan makan & modul untuk tuan/puan.

Bayaran pada hari kursus hanya diterima dari peserta yang "walk-in" sahaja. (itu pun kalau peserta belum penuh), dan kami mengutamakan peserta yang membayar awal.

Pada minngu terakhir, jika kami masih belum menerima 20 orang peserta yang membayar yuran, secara automatiknya kursus tersebut akan ditunda/ditangguh sehinggalah peserta mencukupi semula. Kami akan memaklumkan pada semua peserta.

P/S: Pusat latihan  menetapkan syarat tersebut kerana terdapat ramai peserta yang mendaftar tetapi tidak hadir pada hari kursus. Ini menyebabkan:


1- Orang lain tidak boleh pergi kursus kerana pendaftaran sudah ditutup (penuh).
2- Pihak CIDB boleh membatalkan kursus pada hari tersebut jika peserta tidak mencukupi syarat.

3- Sila jawab panggilan atau sms daripada kami. Peserta yang mendaftar dan tidak hadir pada hari kursus, tanpa memberitahu apa pun masalahnya sebelum atau pada hari kursus akan kami "blacklistkan" nama tuan/puan. kami hanya menerima permohonan peserta seperti ini dengan disertakan bayaran serta merta, jika tidak kami akan utamakan peserta yang lain terlebih dahulu walaupun tuan/puan mendaftar awal.

Harap maklum.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan