Maklumat terkini:

Maklumat terkini:



PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINI

Jadual terkini KLIK pada button biru dikanan blog

Rabu, 15 Jun 2011

PERHATIAN PENDAFTAR KURSUS ON_LINE

1-Minta perhatian kepada mereka yang mendaftar kursus secara on-line dibawah Program Pembangunan Kontraktor-Kursus Pengurusan-Mata CCD

Diharap memberi perhatian kepada jumlah bayaran yuran yang tertera pada maklumat pendaftar sebelum mendaftar. CIDB telah menetapkan yuran kursus sebanyak RM500 (Tred & Pakar) & RM400 (Bisnes) kepada peserta yang tidak mempunyai Kad Hijau. Sekiranya ada Kad Hijau yuran yang dikenakan diberi diskaun 50% iaitu RM250 & RM200.

Sekiranya Tuan/Puan/Dato/Datin mendapati yuran yang tertera adalah RM500/400 sedangkan memiliki kad Hijau, sila semak kad Hijau samaada masih 'hidup' atau sudah tamat. Sekiranya sudah tamat , sila perbaharui dahulu barulah daftar semula @ sekiranya kad Hijau masih 'hidup' sila hubungi CIDB untuk update makluman terkini Tuan/Puan/Dato/Datin.

Sila semak semula apabila membuat pendaftaran kursus. Ini adalah penting kerana nama yang telah didaftarkan didalam sistem CIDB ini tidak boleh ditukar lagi selepas dimasukkan.

2-Mengadakan kursus di daerah luar Negeri Pahang ( Terutama Terengganu)

Pihak kami  mengalu-alukan dan boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berkenaan  bagi mengadakan kursus2 CIDB mengikut daerah yang diingini. Peserta yang berdaftar telah ditetapkan oleh CIDB adalah sekurang2nya 20 orang & maksima 35 orang.

Sila hubungi kami untuk perbincangan.

3-Mengadakan kursus kad hijau


Pihak kami juga menguruskan kursus bagi pemohon Kad hijau. Permohonan daripada syarikat secara kumpulan amatlah dialu-alukan. CIDB menetapkan sekurang2nya 30 peserta untuk setiap kursus yang diadakan.

4-Mengadakan Kursus 20 Mata CCD

KKMP Baru Berhad sedang merancang untuk mengadakan kursus jangka pendek ,2 hari 20 mata ccd bagi kontraktor selain dari program pembangunan kontraktor 40 mata ccd selama 4@5 hari yang telah diadakan sebelum ini.

KKMP Baru Berhad
Wisma Kontraktor Melayu Pahang
09-5132671

Sekian. Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan