Maklumat terkini:

Maklumat terkini:



PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINI

Jadual terkini KLIK pada button biru dikanan blog

Khamis, 16 Jun 2011

Kursus CIDB Siri 04/2011 - Pengurusan Bisnes

Assalamualaikum

Kursus Pengurusan Bisnes telah diadakan di Temerloh pada 27 Jun hingga 30 Jun 2011, bertempat di Kolej Komuniti Temerloh, Mentakab, Pahang. Kursus selama 4 hari ini diberikan Mata CCd sebanyak 40 serta sijil SKP bagi yang lulus ujian. Seramai 34 orang menyertai kursus kali ini termasuklah kontraktor dari Temerloh, Jerantut dan Jengka.

Bangunan Kolej Komuniti Temerloh



Tenaga pengajar kali ini ialah En Rozali Bin Osman. Berkelulusan UiTM. Berpengalaman luas dalam bidang pembinaan. Beliau juga selalu dijemput untuk memberi taklimat & ceramah berkaitan bidang pembinaan termasuklah kursus-kursus CCD & CPD yang dianjurkan oleh CIDB.


Pengenalan Modul Bisnes Oleh Pensyarah



Antara Peserta Kursus Yang Hadir



Dewan Perpustakaan Digunakan Untuk Aktiviti Kerja Kumpulan. Peserta Dibahagikan Kepada 6 Kumpulan.




Pembentangan Kerja Kumpulan Oleh En Ahmad Hilmi Selaku Ketua Kumpulan 1


En Fadlie Wakil Kumpulan 2


Antara 'Sketsa' Yang Terdapat Dalam Aktiviti Pembentanagan Kerja Kumpulan....Telefon Nak Dapatkan Projek




Ucapan Penghulu, En Nordin Idris Di Majlis Penutup Kursus.


Majlis Penutup Dirasmikan Oleh En Gafar Lambak , Mewakili PKMM Temerloh


Sebahagian Peserta Yang Menerima Sijil Kehadiran - 40 Mata CCD.





Gambar Kenangan Peserta Kursus Bersama Pensyarah, En Rozali.



Kursus akan datang dijangka dijalankan di Temerloh adalah Kursus Kerja Bangunan Perumahan pada 17 Okt -21 Okt 2011. Pendaftaran masih dibuka. Sila hubungi PKMM Temerloh 013-9231381/019-9316516.

p/s: gambar2 kursus akan diupdate selepas kursus tamat. TQ

izianmuda KKMP Baru Bhd

Rabu, 15 Jun 2011

PERHATIAN PENDAFTAR KURSUS ON_LINE

1-Minta perhatian kepada mereka yang mendaftar kursus secara on-line dibawah Program Pembangunan Kontraktor-Kursus Pengurusan-Mata CCD

Diharap memberi perhatian kepada jumlah bayaran yuran yang tertera pada maklumat pendaftar sebelum mendaftar. CIDB telah menetapkan yuran kursus sebanyak RM500 (Tred & Pakar) & RM400 (Bisnes) kepada peserta yang tidak mempunyai Kad Hijau. Sekiranya ada Kad Hijau yuran yang dikenakan diberi diskaun 50% iaitu RM250 & RM200.

Sekiranya Tuan/Puan/Dato/Datin mendapati yuran yang tertera adalah RM500/400 sedangkan memiliki kad Hijau, sila semak kad Hijau samaada masih 'hidup' atau sudah tamat. Sekiranya sudah tamat , sila perbaharui dahulu barulah daftar semula @ sekiranya kad Hijau masih 'hidup' sila hubungi CIDB untuk update makluman terkini Tuan/Puan/Dato/Datin.

Sila semak semula apabila membuat pendaftaran kursus. Ini adalah penting kerana nama yang telah didaftarkan didalam sistem CIDB ini tidak boleh ditukar lagi selepas dimasukkan.

2-Mengadakan kursus di daerah luar Negeri Pahang ( Terutama Terengganu)

Pihak kami  mengalu-alukan dan boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berkenaan  bagi mengadakan kursus2 CIDB mengikut daerah yang diingini. Peserta yang berdaftar telah ditetapkan oleh CIDB adalah sekurang2nya 20 orang & maksima 35 orang.

Sila hubungi kami untuk perbincangan.

3-Mengadakan kursus kad hijau


Pihak kami juga menguruskan kursus bagi pemohon Kad hijau. Permohonan daripada syarikat secara kumpulan amatlah dialu-alukan. CIDB menetapkan sekurang2nya 30 peserta untuk setiap kursus yang diadakan.

4-Mengadakan Kursus 20 Mata CCD

KKMP Baru Berhad sedang merancang untuk mengadakan kursus jangka pendek ,2 hari 20 mata ccd bagi kontraktor selain dari program pembangunan kontraktor 40 mata ccd selama 4@5 hari yang telah diadakan sebelum ini.

KKMP Baru Berhad
Wisma Kontraktor Melayu Pahang
09-5132671

Sekian. Terima Kasih