Maklumat terkini:

Maklumat terkini:



PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINI

Jadual terkini KLIK pada button biru dikanan blog

Selasa, 7 Disember 2010

Kursus Kerja Tanah Di Temerloh 22-26 November 2010

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah,satu lagi siri kursus "Latihan Pengurusan" dibawah
program pembangunan kontraktor telah diadakan di Temerloh, dengan tajuk Kerja Tanah.
Bertempat di Kolej Komuniti Temerloh,Mentakab,Pahang, dari 22 hingga 26 november 2010.
Seramai 24 peserta hadir, terdiri dari kontraktor temerloh, jengka, jerantut & cameron highlands.

Kursus ini adalah anjuran CIDB dengan kerjasama KKMMB & KKMP Baru Berhad.
Bagi KKMP kursus yang dijalankan ini adalah kali ke 35 diadakan, tetapi kali pertama
bersama dengan KKMMB.

Hari ahad 21 november dah  datang ke temerluh dengan cik Rahim.
Duduk kat hotel Greenpark, semalaman je dapat, bilik full, ada orang kerajaan buat kursus
kat situ. Esoknya cari punya cari hotel, akhirnya dapat jugak kat Bukit Bendera Resort
dekat Mentakab, adala dalam 10 minit ketempat kursus.




Kursus ini di rasmikan oleh Tn Hj Enjah Bin Bachek, Timb. Pengerusi KKMMB.
En Abd Rahim Bin Mohd Sidek adalah tenaga pengajar yang dipilih untuk kursus kali ini.
Beliau merupakan seorang jurutera yang berpengalaman.
Telah berkecimpung dalam bidang pembinaan sejak 1981 lagi, dalam pelbagai sektor
termasuk kerajaan,swasta dan konsultan. Dan terakhir sekali beliau berkhidmat
di Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia ( Cawangan Pahang ) pada 1999 hingga ke hari ini
sebagi pengurus besar kepada anak-anak syarikat PKMM Pahang.



Tn Hj Enjah Bachek Timb. Pengerusi KKMMB merangkap TYDP PKMM Selangor merasmikan kursus.


Pensyarah sedang memberi taklimat tentang modul kerja tanah.

Perbincangan kumpulan...


Pensyarah jemputan Ir Idris Mohamad dari UMP



Berbincang sesuatu dengan peserta....



Majlis penutup dihadiri oleh wakil-wakil PKMM Temerloh.

En Rohaizad sebagai pengerusi majlis..


Dari kiri Ir Idris, En Ghafar dan En Rahim..


En Zahidi membacakan doa..


Ucapan Penghulu kursus En Mohd Fadhlie


Bendahari PKMM Temerloh, En Ghafar Lambak membuat ucapan penutup..



Berbincang untuk program seterusnya..





Gambar kenangan bersama peserta..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan