Maklumat terkini:

Maklumat terkini:



PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINI

Jadual terkini KLIK pada button biru dikanan blog

Ahad, 28 Oktober 2012

Kursus “Train The Trainer” CIDB

Syarat baru untuk menjadi tenaga pengajar PLBK

Kursus TTT di Kuantan 6 - 8 Nov 2012 di Zenith Hotel

Pihak CIDB menganjurkan Kursus “ Train The Trainer” bagi memberi pendedahan kepada tenaga pengajar dan individu-individu yang berminat untuk menjadi pengajar di Pusat Latihan Bertauliah (PLB)dan Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK) CIDB.

Kursus “Train The Trainer” CIDB adalah merupakan kursus yang memfokuskan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi modul-modul yang dibangunkan oleh CIDB. Para peserta kursus juga akan diberi pendedahan secara teori dan amali dalam membangunkan Rancangan Latihan Mengajar (LessonPlan) berasaskan modul latihan yang telah dibangunkan oleh CIDB.

Sijil “Train The Trainer” adalah merupakan salah satu syarat pentauliahan tenaga pengajar PLB dan PLBK CIDB. Peserta dari luar yang menghadiri kursus “Train The Trainer” CIDB berpeluang untuk ditauliah sebagai Pengajar di PLB dan PLBK CIDB.

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan yang dilampirkan dan juga boleh didapati di Bahagian Latihan Industri,Sektor Pembangunan, Tingkat 7, Grand Seasons Avenue, KL Borang jawapan hendaklah diserahkan seminggu sebelum tarikh kursus yang dipilih.

YURAN PENYERTAAN

RM300.00 / peserta
Pembayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan tunai atau bank draft, banker’s cheque serta wang pos atas nama CIDB Malaysia. Cek syarikat adalah tidak diterima.
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi 
Pejabat CIDBHQ
(En. Daud bin Mohamad/ Pn. Surani Yusof) di talian : 03-26175605 / 03-26175615.
No. Faks: 03.4043 0801
 
Sila klik dibawah untuk maklumat lanjut :

MAKLUMAT PENTING 29 OKTOBER 2012

1-SEMINAR PELUANG PEROLEHAN PROJEK KERAJAAN & TAKLIMAT/DIALOG ISU-ISU BERBANGKIT TARAF  BUMIPUTERA ANJURAN PKK MALAYSIA
Tarikh : 30 Oktober 2012 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan JKR Daerah Maran, Maran, Pahang.

Semua Kontraktor Bumiputera Negeri Pahang dijemput hadir.
Penyertaan adalah percuma


Hubungi PKK Pahang: 09-5132207


2-TAKLIMAT SISTEM SATU PENDAFTARAN (SSPK) OLEH CIDB PAHANG 
PERINGKAT ZON TIMUR DENGAN KERJASAMA PKMM PAHANG
Tarikh : 02 November 2012 ( Jumaat )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Melati Inn, Bandar Pekan, Pahang.

Semua Kontraktor Bumiputera Daerah Kuantan / Pekan / Rompin
dijemput hadir. Penyertaan percuma.



3-TAKLIMAT SISTEM SATU PENDAFTARAN (SSPK) OLEH CIDB PAHANG 
PERINGKAT ZON TENGAH DENGAN KERJASAMA PKMM PAHANG
Tarikh : 06 November 2012 ( Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bangunan UMNO Temerloh, Mentakab, Pahang.

Semua Kontraktor Bumiputera Daerah Temerloh/Maran/Bera/Jerantut
dijemput hadir. Penyertaan percuma.



4-TAKLIMAT SISTEM SATU PENDAFTARAN (SSPK) OLEH CIDB PAHANG 
PERINGKAT ZON BARAT DENGAN KERJASAMA PKMM PAHANG
Tarikh : 07 November 2012 ( Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Bangunan UMNO Raub, Pahang.

Semua Kontraktor Bumiputera Daerah Temerloh/Maran/Bera/Jerantut
dijemput hadir. Penyertaan percuma

5-PROGRAM AKREDITASI KONTRAKTOR KERJA UBAHSUAI KEBANGSAAN:

**bagi membolehkan kontraktor kerja ubahsuai didaftar dan dikuatkuasakan secara sah dibawah pendaftaran baru iaitu dibawah pengkhususan B28 didalam perakuan pendaftaran CIDB

JEMPUTAN MENYERTAI TAKLIMAT KEPADA MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI TENAGA PENGAJAR


Tarikh  : 01 nov 2012
Masa   : 10am - 12t/h
Tempat: Tingkat 1, CIDB Pahang

Tempat terhad, hubungi saya 013-9174900 

Isnin, 1 Oktober 2012

Kursus CIDB siri 04/2012: Pembinaan Sistem Saliran Permukaan & Bawah Tanah

Kursus dijalankan dari 01 hingga 05 okt 2012, bertempat dikolej komuniti temerloh, mentakab, pahang. 

peserta yang hadir..
Ir Idris Mohamad

Seramai 22 peserta hadir terdiri dari kontraktor daerah temerloh, maran, bentong, kuantan, lipis dan seorang dari selangor. Kursus disampaikan oleh ir Idris Bin Mohamad dari Universiti Malaysia Pahang.

En Zulkifli dari Lipis..dlm sesi pengenalan diri..                       
Ir Idris menerangkan modul saliran..
sarapan pagi yang disediakan..."nasi lemak.."
penerangan kertas ujian...




                               

sesi akhir, slot pembentangan kumpulan...

Majlis perasmian penutup dan pemberian sijil kehadiran dirasmikan dan disampaikan oleh Jurutera kanan JPS daerah Temerloh Tn Haji Ir Sha'ri Mohamad. Majlis dipengerusikan oleh Cik nurul  dari Asas Seputih, salah seorang peserta kursus. (kanan)Bacaan doa oleh Tn hj Zulkifli Othman. Ucapan penghulu kursus,Mejar Samsudin (bawah kiri), ucapan Pengerusi PKMM Temerloh Tn Hj Ahmad Sidin (kanan). 

Tn Hj Ir Sha'ri merasmikan penutup kursus & penyampaian sijil

          


Cenderahati dari peserta  kepada Tn Haji Ir Sha'ri Dan Ir Idris
Kenangan peserta bersama Jurutera kanan JPS, Pensyarah & PKMM Temerloh