Maklumat terkini:

Maklumat terkini:



PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINI

Jadual terkini KLIK pada button biru dikanan blog

Isnin, 7 Mac 2011

Kursus CIDB Siri 2/2011-Kerja Pembaikan Konkrit

Kursus CIDB telah pun sekali lagi berjaya diadakan di Bilik Mesyuarat KEMAS Pekan, Pahang, pada 28 Februari hingga 04 Mac 2011. Seramai 28 peserta telah menghadiri kursus tersebut yang berlangsung selama 5 hari. Pensyarah kali ini ialah En Abd Rahim Mohd Sidek. Semua peserta telah diberikan sijil penyertaan 40 Mata ccd pada hari terakhir kursus.













foto lain akan diupdate

Jumaat, 11 Februari 2011

Kursus CIDB Siri 01/2011 - Kerja Bangunan Perumahan

Alahamdulillah, kursus pembangunan kontraktor telah berjaya dilaksanakan pada 24 hingga 28 Januari 2011 di Wisma PKMM Pahang. Kursus anjuran CIDB ini adalah kali ke 37 dijalankan oleh KKMP dan kali ke3 dibawah PLBK KKMMB. Terima kasih kepada peserta2 yang hadir.Tajuk kursus kali ini ialah Kerja Bangunan - Perumahan, dengan peserta seramai 21 orang dari daerah kuantan, pekan, rompin,lipis, temerloh & kemaman.
  Penceramah kali ini ialah Tn Hj Nasarudin Bin Ali .Manakala majlis penutup dilakukan oleh Dato Che Wan Khalid , YDP PKMM Pahang.



Pensyarah: Tn Hj Mohd Nasarudin Ali yang sentiasa ceria. Memberikan ilmu dalam bidang pembinaan tanpa meninggalkan unsur-unsur agama yang wajib diketahui oleh semua.



Penghulu kursus: En Azhar sedang menggunakan laptop, salah satu kemudahan  yang dibenarkan digunakan oleh peserta kursus. 


Antara peserta kursus melakukan perbincangan dalam kumpulan.




Meneliti pelan projek perumahan yang disediakan oleh pensyarah.






Majlis penutup oleh YH Dato' Hj Che Wan Mohd Khalid selaku YDP PKMM Pahang.




Penyerahan cenderahati kepada pensyarah.




Penerimaan sijil penyertaan (25 ccd) oleh sebahagian peserta kursus.







Bergambar beramai-ramai dihadapan bilik mesyuarat PKMM.



P/s: lain2 gambar akan diupdatekan.TQ
 

Isnin, 13 Disember 2010

KURSUS CIDB KALI KE 36 - KURSUS KERJA TANAH

Bismillahirrahmanirrahim;

Alhamdulillah, satu lagi siri kursus latihan pengurusan dibawah Pogram Pembangunan Kontraktor bagi mengumpul mata ccd anjuran CIDB dengan kerjasama KKMMB & KKMP Baru Berhad telah dijalankan di PKMM Cawangan Pahang, pada 13 hingga 17 Desember 2010 dengan jumlah peserta seramai 21 orang, dibawah tajuk "Kerja Tanah".Peserta terdiri dari kontraktor dari Kuantan,Lipis,Raub,Benta & Kemaman.

Tenaga pengajar kali ini ialah En Abd Rahim Bin Mohd Sidek. Seorang Jurutera berpengalaman, terlibat dalam bidang pembinaan sejak 1981 lagi. Kini beliau berkhidmat di PKMM Caw. Pahang sebagai Pengurus Besar anak-anak syarikat PKMM Caw. Pahang.












p/s; gambar akan diupdate.tq

Selasa, 7 Disember 2010

Kursus Kerja Tanah Di Temerloh 22-26 November 2010

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah,satu lagi siri kursus "Latihan Pengurusan" dibawah
program pembangunan kontraktor telah diadakan di Temerloh, dengan tajuk Kerja Tanah.
Bertempat di Kolej Komuniti Temerloh,Mentakab,Pahang, dari 22 hingga 26 november 2010.
Seramai 24 peserta hadir, terdiri dari kontraktor temerloh, jengka, jerantut & cameron highlands.

Kursus ini adalah anjuran CIDB dengan kerjasama KKMMB & KKMP Baru Berhad.
Bagi KKMP kursus yang dijalankan ini adalah kali ke 35 diadakan, tetapi kali pertama
bersama dengan KKMMB.

Hari ahad 21 november dah  datang ke temerluh dengan cik Rahim.
Duduk kat hotel Greenpark, semalaman je dapat, bilik full, ada orang kerajaan buat kursus
kat situ. Esoknya cari punya cari hotel, akhirnya dapat jugak kat Bukit Bendera Resort
dekat Mentakab, adala dalam 10 minit ketempat kursus.




Kursus ini di rasmikan oleh Tn Hj Enjah Bin Bachek, Timb. Pengerusi KKMMB.
En Abd Rahim Bin Mohd Sidek adalah tenaga pengajar yang dipilih untuk kursus kali ini.
Beliau merupakan seorang jurutera yang berpengalaman.
Telah berkecimpung dalam bidang pembinaan sejak 1981 lagi, dalam pelbagai sektor
termasuk kerajaan,swasta dan konsultan. Dan terakhir sekali beliau berkhidmat
di Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia ( Cawangan Pahang ) pada 1999 hingga ke hari ini
sebagi pengurus besar kepada anak-anak syarikat PKMM Pahang.



Tn Hj Enjah Bachek Timb. Pengerusi KKMMB merangkap TYDP PKMM Selangor merasmikan kursus.


Pensyarah sedang memberi taklimat tentang modul kerja tanah.

Perbincangan kumpulan...


Pensyarah jemputan Ir Idris Mohamad dari UMP



Berbincang sesuatu dengan peserta....



Majlis penutup dihadiri oleh wakil-wakil PKMM Temerloh.

En Rohaizad sebagai pengerusi majlis..


Dari kiri Ir Idris, En Ghafar dan En Rahim..


En Zahidi membacakan doa..


Ucapan Penghulu kursus En Mohd Fadhlie


Bendahari PKMM Temerloh, En Ghafar Lambak membuat ucapan penutup..



Berbincang untuk program seterusnya..





Gambar kenangan bersama peserta..