Maklumat terkini:

Maklumat terkini:



PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINI

Jadual terkini KLIK pada button biru dikanan blog

Selasa, 6 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1434 H

Assalamaulaiakaum, dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang menziarahi blog saya. Hari raya adalah hari kemenangan bagi mereka yang telah berjuang, bertungkus-lumus melakukan ibadah puasa dan amalan kebaikan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Barangkali, belum tentu kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun hadapan. Alangkah ruginya mereka yang mensia-siakan peluang yang ada. Ucaplah tahniah pada diri sendiri, sambutlah Syawal dengan penuh  kegembiraan sebagaimana tuntutan syariat.

Maafkan jika ada salah & silap, inshaAllah kursus akan berjalan seperti biasa selepas ini.

Sekian.Terimakasih

Selasa, 16 Julai 2013

jawatan kosong

Eksekutif akaun di PKMM Pahang
mahir dlm UBS
kenderaan sendiri
walk in, isnin 22/07/13, 9:00am @ wisma kontraktor melayu pahang,jln dato lim hoe lek,kuantan

Rabu, 10 Julai 2013

Selamat Beribadah di bulan RAMADHAN

Assalamualaikum

Selamat berpuasa & selamat beribadah di bulan ramadhan.Semoga tahun ini jauh lebih baik dari ibadah yang lepas.Janganlah kita sekadar menyambut, tetapi hayatilah (hidupkanlah) ramadhan dengan sebanyak2 amalan yg ikhlas kepada Allah swt

 Untuk makluman segala kursus dihentikan bagi menghormati bulan yang mulia ini, walaubagaimanapun status terkini mengenai kursus akan saya update kan.

sekian....izianmuda


Isnin, 1 Julai 2013

Kursus CIDB Kali Ke 9 & 10 2013

Kursus diadakan pada tarikh yang sama tetapi berlainan tempat. Kursus ke 9 adalah kursus kerja bangunan perumahan yang diadakan di kajang dan modul disampaikan oleh en mohd rushdy yaacob.







Kursus ke 10 adalah  kursus Bisnes yang dijalankan dibera, Pahang. Kursus mendapat kerjasama sepenuhnya dari HR skill consultant. Modul disampaikan oleh Tn Hj Mohd Nasarudin Ali






Ahad, 23 Jun 2013

Kursus CIDB 8/2013/24-28 Jun : KERJA BANGUNAN -PENGUBAHSUAIAN

Kursus diatas dijalankan di bilik mesyuarat pejabat belia daerah pekan, pekan , pahang. Alhamdulillah seramai 23 peserta hadir dari pekan,kuantan dan muadzam. Modul disampaikan oleh tn Hj Nasarudin Ali.






 Salah seorang peserta menerima sijil kehadiran 40 mata ccd & penyampaian cenderahati kepada pensyarah







Jumaat, 14 Jun 2013

PERHATIAN!! KURSUS TERDEKAT


1-KURSUS KERJA BANGUNAN PENGUBAHSUAIAN
Kajang, Selangor
23/09-27/09/13.
TEL: En Saidi 016-566611
Faks     : 03-87332612
Sebelum: 09/09/13

2-PEMASANGAN PELINDUNG KALIS AIR
Kuantan, Pahang
07/10-11/10/13
TEL: PKMM Pahang 09-5165758
Faks     : 09-5164115
Sebelum: 20/09/13

3-PERPAIPAN - BANGUNAN SANITARI & RETIKULASI AIR
Bentong, Pahang
28/10-01/11/13
TEL: En aziz 019-9996210
Faks     : 09-2235958
Sebelum: 07/10/13

4-KURSUS KERJA BANGUNAN PENGUBAHSUAIAN
Kuala Terengganu
17/11-21/11/13.
TEL: En izian 013-9174900
 Faks     : 09-5164115
 Sebelum: 25/10/13


daftar On line disini:
http://plbk.cidb.gov.my/public/index/participantsRegistration
kemudian cari koperasi kontraktor melayu malaysia berhad


Isnin, 3 Jun 2013

Kursus CIDB 7/2013/03-07 Jun : KERJA BANGUNAN -INSTITUSI PENDIDIKAN

Alhamdulillah kursus diatas dapat dijalankan dengan jayanya di Pusat latihan taman kolej bentong, Pahang. Kursus anjuran CIDB & KKMMB ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari PKMM daerah Bentong. Seramai 21 peserta hadir termasuk dari daerah Bentong, Raub & Karak. Tenaga pengajar kali ini ialah En Rushdy Yaacob.




En Rushdy menjawab persoalan peserta..
 kerja kumpulan & pembentangan


majlis penutup
ucapan penghulu kursus Hj Ahmad Nazri & Pengurus PLBK En Hazman Jaafar


Ucapan Pengarah CIDB Pahang En Suhaimi Mansor
 Sebahagian peserta menerima sijil kehadiran..




Cenderahati dari peserta untuk pensyarah & pengarah CIDB


gambar kenangan peserta & pengarah cidb

Terima kasih kepada Pengarah CIDB & Pengurus PLBK kerana sudi datang pada majlis penutup kursus. Terima kasih juga kepada En Aziz Lambak yang memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan kursus ini. Semoga Allah mengizinkan kita untuk berjumpa lagi.

Offline kejap...
Humaira mohd rushdy & Azhad mohd izian.... semoga Allah menjadikan anak2 ini insan soleh & solehah. amiiin