Maklumat terkini:

Maklumat terkini:



PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINI

Jadual terkini KLIK pada button biru dikanan blog

Khamis, 19 Mei 2011

Kursus CIDB Siri3/2011 - Kerja Bangunan Pengubahsuaian

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah pada 09 hingga 13 Mei baru-baru ini , KKMP telah mengadakan satu lagi siri kursus CIDB dibawah Program Pembangunan Kontraktor anjuran CIDB bersama Koperasi Kontraktor Melayu Malaysia Berhad (Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor).

Kursus berlangsung selama 5 hari, dimana peserta yang hadir terdiri dari kontraktor Kuantan, Bentong dan Kemaman. Bertempat diWisma PKMM Negeri Pahang. Tenaga pengajar kali ini adalah En Noor Adlan Bin Muhamad.  Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaaan oleh YH Dato Hj Che Wan Mohd Khalid, YDP PKMM Negeri Pahang.

En Noor Adlan Muhamad
Seorang arkitek berpengalaman. Berkhidmat di Muzanee Hanafiah Architect. Pensyarah sambilan UIA Gombak. Berasal dari Kelantan.


 

Susah nak jawab soalan nih...

Pegawai CIDB                       En Zamri, Salehudin, Anis

 Penghulu Kursus En Sasi

Geng Kemamang...Nurafidah, Zainudin, Fadly, Izamzuri & NurRidzuan.

 Noraziela & Nasirah

Majlis Penutup Oleh Dato, Che Wan Khalid YDP PKMM Pahang





Penyampaian Sijil Kehadiran Oleh Dato' Che Wan Khalid









Cenderahati Untuk Pensyarah Dari Peserta...Lain Dari Yang Lain...

Gambar kenangan bersama YH Dato Hj Che Wan Mohd Khalid


Khamis, 21 April 2011

Kursus Kad Hijau

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini 22 April 2011,telah berjaya menjalankan satu lagi kurus dibawah anjuran CIDB. Kursus ini dijalankan melalui KKMP Baru Berhad dengan kerjasama sepenuhnya PKMM Pekan bertempat di bilik mesyuarat Kemas, Pekan, Pahang. Seramai 37 orang peserta telah menyertai dan pensyarah kursus ialah En Hasyamudin Amir.

Kursus 'Kad Hijau" ini adalah selama sehari dan ianya wajib kepada semua yang terlibat didalam tapak projek.Kepada Personal Binaan akan diberikan 10 Mata CCD untuk digunakan bagi memperbaharui lesen CIDB mereka.

KKMP akan menjalankan kursus-kursus anjuran CIDB seperti kursus kad hijau ini dari semasa ke semasa termasuklah kursus-kursus selama 4/5 hari yang memberikan 40 Mata CCD dibawah Koperasi Kontraktor Melayu Malaysia Berhad (Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor)

Kepada mereka yang ingin meyertai kursus kad hijau (luar Kuantan) sila hubungi kkmp baru berhad ditalian 09-5132671.Pendaftaran secara berkumpulan adalah digalakkan.

Rabu, 6 April 2011

KURSUS BULAN APRIL DITANGGUHKAN

Assalamualaikum

kepada semua kontraktor...kursus pada bulan april telah ditangguhkan ke bulan mei. Ini kerana pada bulan ini Persatuan Kontraktor Melayu Pahang akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan. Diharap dapat perhatian kepada semua pemohon kursus. Sila rujuk jadual terkini kursus disini.. Terima kasih.







                                   Mohd Izian Muda
                                                                                                                              

Isnin, 7 Mac 2011

Kursus CIDB Siri 2/2011-Kerja Pembaikan Konkrit

Kursus CIDB telah pun sekali lagi berjaya diadakan di Bilik Mesyuarat KEMAS Pekan, Pahang, pada 28 Februari hingga 04 Mac 2011. Seramai 28 peserta telah menghadiri kursus tersebut yang berlangsung selama 5 hari. Pensyarah kali ini ialah En Abd Rahim Mohd Sidek. Semua peserta telah diberikan sijil penyertaan 40 Mata ccd pada hari terakhir kursus.













foto lain akan diupdate