Maklumat terkini:

Maklumat terkini:



PERHATIAN! yang nak mendaftar kursus...baca dulu kat SINI

Jadual terkini KLIK pada button biru dikanan blog



Assalamualaikum..

Kepada sesiapa yang berkemampuan/berkelayakan untuk mengeluarkan zakat. Kini anda boleh sumbangkan zakat anda melalui Sebuah Maahad Tahfiz (Terengganu).

Resit zakat anda boleh gunakan untuk ditolak oleh LHDN.
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi En Rahimi 016-9323154


Soalan

1- Nak pergi kursus tapi tak daftar. Dekat dengan tarikh kursus baru telefon tanya jadi tak kursus? Kadang-kadang dah terlepas kursus baru tanya..

a-Kalau minat nak sertai kursus kena daftar awal2. Soal kursus tu jadi atau tidak saya akan bagitau pada peserta. Saya akan bagitau maklumat terkini. Jangan cakap minat saja pastu tak daftar...bukan kena bayar on the spot, tunggu saya confimkan tarikh kursus. Biasanya 14 hari sblm kursus, tarikh dah confirm, time tu la buat bayaran (sebelum kursus).

b-Untuk pengetahuan CIDB hanya bagi kebenaran menjalankan kursus setelah ada peserta mendaftar sekurang-kurangnya 20 orang, baru pusat latihan boleh memohon dari CIDB. Permohonan ni pulak sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum kursus. 

Jadi kalau peserta lambat daftar, maka kursus akan ditangguhkan lagi, kalaupun ketika itu dah ada eg;18 orang pemohon (tak cukup 20 orang), bila ada pemohon yg berdaftar seminggu sebelum kursus, ketika itu tarikh telah berubah.Dan saya tak boleh nak ubah tarikh seminggu @ 2 minggu, sekurang-kurangnya 3 minggu @ sebulan.


2-Tidak diberitahu status terkini kursus (peserta)

Ada peserta yang mengisi borang dengan no telefon yang kalau saya call selalu masuk massage. Kadang2 ada yang bersambung dengan faks. Ada yang saya call tak pernah dijawab. Jadi kena bagi no yang mudah dihubungi dan tolongla jawab telefon tu.


3-Tidak diberitahu status terkini kursus (syarikat)

Syarikat yang mengisi nama staf dia sebagai peserta kursus. Tolong bagi no telefon untuk saya hubungi sekiranya ada maklumat tekini. Kalau dalam borang tu diisi no staf anda, apa2 hal saya akan hubungi nama peserta tu la. Jadi kena la tanya staf anda ye..


4- Terdapat pserta tak dapat hadir kerana peserta dah penuh.

Peserta yang mendaftar awal dan membayar yuran awal diutamakan. Had peserta hanyalah 20-35 peserta sahaja & dikuantan 20-25 peserta shj.


5-Borang tak lengkap.

Sila isi borang selengkapnya seperti yang diminta. Kalau sms kat saya pun tolong bg maklumat penuh.


6-Peserta bayar yuran kursus belum cukup 20 orang.


Sekiranya minggu terakhir sebelum tarikh kursus peserta belum membayar sepenuhnya, kursus akan ditangguhkan.


7-Adakah wang akan dikembalikan?


Wamg tidak akan dikembalikan tetapi dibenarkan untuk digantikan dengan orang lain atau ditunda kepada kursus akan datang (sekurangnya 2 minggu dari tarikh kursus). Melainkan kursus tersebut dibatalkan.


 Sekiranya peserta tidak hadir pada hari kursus, yuran tersebut adalah tidak dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan orang lain.


Sebarang pertanyaan boleh emel kat saya di : izianmuda@yahoo.com